Kelas Softskills (Tips dan Soalan Temuduga)

19 Mei 2019 | Aktiviti Terkini

Sabtu bersamaan 18 Mei 2019, Pusat Internet Spaoh (PI Spaoh) telah mengadakan Kelas Softskills iaitu ‘Tips dan Soalan Temuduga’ yang bermula pada jam 9.30 pagi sehingga 12.30 tengah hari bertempat di bilik latihan Pusat Internet Spaoh. Kelas ini telah di sertai oleh 6 orang pelajar daripada sekolah menengah dan sekolah rendah.

Tujuan utama kelas ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan dan pengetahuan awal tentang tips-tips dan soalan-soalan ketika menghadiri temuduga.

Antara pengisian semasa kelas ialah peserta diterangkan apa itu temuduga dan mengapa perlunya ada temuduga. Kemudian peserta diberikan contoh-contoh soalan yang sering kali ditanya oleh penemuduga semasa temuduga seperti meminta peserta untuk menceritakan latar belakang mereka, kenapa mahu bekerja di tempat berikut, menceritakan apa yang dilakukan semasa mengganggur, menceritakan pengalaman kerja dan banyak lagi. Peserta juga dijelaskan tips-tips menjawab soalan berikut seperti menjawab pada yang perlu sahaja dan tidak melebih-lebih. Pada akhir kelas, peserta ditayangkan video tips-tips dan contoh-contoh soalan temudaga untuk memberikan pemahaman yang lebih mendalam kepada peserta seperti cara menjawab soalan semasa temuduga dan cara pemakaian semasa hendak menghadiri temuduga.

Dengan kelas sebegini, sedikit sebanyak peserta dapat dididik dan mendapat sedikit pengetahuan am untuk kegunaan di masa hadapan sejajar dengan matlamat Pusat Internet iaitu memberi pendedahan awal kepada komuniti luar bandar mengenai ICT agar setaraf dengan penduduk di bandar.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali